Tuesday, 8 May 2012

SchAwal...pasangan yang romantik

Pagi tadi masa sampai-sampai ofis dengan penat lelah berkejaran untuk sampai ke tingkat limabelas menara B Persiaran MPAJ iaitu USIM bertekad terbilang. Akhirnya berjaya jugak sampai awal  ke opis hari nie dan tanpa baca bismillah terus bukak PC ofis dan amek henfon dalam handbag untuk godek-godek apa yang terbaru dalam FB. Pastu terpandang pulak kat wall. Awal kesayanganku menyanyi lagu Sedetik lebih untuk Scha? aihh. Takleh jadi nie, perasaan cemburu yang melimpah ruah membuatku terpaksa luahkan di blog hehe.. sebenarnya jeles sangat dengan couple nih..ye la sebenarnye aku dah lama suruh incik abang my lovely botak untuk menyanyi i mean dedicated song to me laa. Tapi permintaan aku selalu ditolak oleh beliau mentah-mentah  kalah daging mentah kat pasar borong kuantan tu. Abang...please nyanyikan lagu satu untuk saya! ;) Tapi taknak la lagu sedetik lebih, saya nak lagu 'Yang Terindah' boleh la ye... haishh jelesnye tengok gambar di atas..

No comments:

Post a Comment